Home Pertahanan dan Keselamatan Latihan PASSEX: TLDM, Tentera Laut Diraja Kanada tingkat kebolehoperasian bersama

Latihan PASSEX: TLDM, Tentera Laut Diraja Kanada tingkat kebolehoperasian bersama

by Air Times News Network

LUMUT, 22 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Diraja Kanada (TLDK) melaksanakan Passage Exercise (PASSEX) bagi mengeratkan hubungan diplomatik kedua-dua buah negara serta meningkatkan keupayaan kebolehoperasian bersama.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, PASSEX ini telah dilaksanakan antara Kapal Diraja (KD) JEBAT dan HMCS WINNIPEG di sekitar perairan Selat Melaka pada 20 September lalu.

“Bagi memenuhi objektif latihan, beberapa evolusi telah direalisasikan merangkumi latihan Manuvra Taktis, Replenishment at Sea Approach (RASAP) dan Komunikasi sebelum diakhiri dengan Sail Past and Breakaway oleh HMCS WINNIPEG di lambung kiri KD JEBAT,

“Selain itu, helikopter Fennec TLDM turut terlibat dalam latihan ini sebagai aset sokongan bagi melaksanakan penggambaran dari udara,

“KD JEBAT juga telah berpeluang untuk melaksanakan latihan dalaman bagi meningkatkan kompetensi warganya melalui latihan Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA) dan Surface Tactical Firing,” katanya.

HMCS WINNIPEG telah tiba di Malaysia pada 14 September lalu, telah berlepas dari Pelabuhan Klang semalam selepas menamatkan program lawatan muhibahnya disamping meraikan sambutan ulang tahun hubungan diplomatik ke-65 tahun di antara kedua-dua negara.

“Kejayaan latihan ini membuktikan komitmen yang jitu di antara KD JEBAT dan HMCS WINNIPEG dalam mewujudkan hubungan dua hala yang strategik serta keupayaan kebolehoperasian aset TLDM bersama angkatan laut sahabat,

“Ia juga bagi memperkasakan hubungan diplomasi pertahanan kedua-dua buah negara,” ujarnya. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!