Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais KAKADU 2022: Tembakan KD LEKIU tepat ke sasaran

Eksesais KAKADU 2022: Tembakan KD LEKIU tepat ke sasaran

by Air Times News Network

DARWIN, 18 Sept – Kapal Diraja (KD) LEKIU Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya membuat tembakan tepat mengenai ke sasaran pada jarak 4 batu nautika semasa Gunnery Exercise (GUNEX) pada Eksesais KAKADU 2022 (KA22) di perairan Darwin, Australia, semalam.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, GUNEX yang dilaksanakan sebagai salah satu siri latihan dalam KA22 bagi menguji kecekapan setiap kapal yang terlibat.

“KD Lekiu yang diletakkan sebagai Ketua Unit Tugas bersama USS CHARLESTON (Amerika Syarikat) dan HTMS BHUMIBOL ADULYADEJ (Thailand) membuktikan kemampuan warga kapal mengoperasikan meriam 30MM serta meriam 57MM dengan baik,

KD LEKIU melaksanakan penembakan meriam 30MM tepat mengenai sasaran pada jarak 4 batu nautika

“Tembakan KD Lekiu mengenai tepat kesasaran pada jarak 4 batu nautika,

Mengulas lanjut, TLDM berkata, KD Lekiu turut melaksanakan siri latihan lain seperti pertahanan anti-udara dan anti-permukaan bagi menguji kemampuan asetnya.

Eksesais kali ini melibatkan seramai 3000 peserta, 15 kapal dan lebih daripada 30 pesawat dari 20 buah negara bermula pada 12 hingga 24 September ini di Darwin, Australia.

Penyertaan KD LEKIU dalam KA22 merupakan penyertaan kali kedua dan kelima bagi TLDM sejak 2001.

KA22 merupakan eksesais dwi tahunan anjuran Australia diketuai Tentera Laut Diraja Australia dan dibantu Tentera Udara Diraja Australia yang melibatkan negara-negara Indo-Pasifik. – airtimes.my

KD LEKIU membuat tembakan tepat mengenai ke sasaran dalam latihan GUNEX di perairan Darwin, Australia

Related Articles

Leave a Reply