REMBAU, 16 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Kompeni Alpha Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD Para) melaksanakan eksesais KENYALANG RIMBA 2022 di sekitar kawasan Gunung Datuk pada 23 hingga 26 Ogos lalu.
Buletin 10 Briged Para dalam hantaran di media sosialnya berkata, seramai 5 pegawai dan 109 anggota terlibat dalam eksesais ini.
“Eksesais ini bertujuan memperkasakan kemahiran dalam menangani ancaman insurgensi, meningkatkan ilmu pengetahuan pegawai dan anggota,
“Latihan ini juga bagi memperkemaskan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP),” katanya.
Menurutnya, eksesais yang berkonsepkan Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) ini dilaksanakan dalam 3 fasa bermula dengan Fasa Persiapan yang terdiri daripada Pelaksanaan Kelas Teori dan Praktikal di medan.
“Fasa kedua adalah Battle Procedure dan ketiga pula melibatkan Field Training Exercise (FTX) di mana pelaksanaannya bermula dengan menduduki pangkalan, rondaan, serangan hendap, serangan hendap kenderaan serta serangan pangkalan sementara musuh,
“Latihan diakhiri dengan After Action Review (AAR) bersama Pegawai Memerintah 8 RRD (Para), Leftenan Kolonel Zahari Affandi Mat Nor,” ujarnya. – airtimes.my
Galeri gambar: