Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut 75 peratus aset lebih usia, TLDM perlu kapal baharu

75 peratus aset lebih usia, TLDM perlu kapal baharu

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=0UiT8hwIxGk[/embedyt]

 

LUMUT, 3 Sept – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) amat memerlukan kapal-kapal perang dan peronda yang baru serta penambahan jumlah kuantiti kapal tersebut memandangkan sebahagian besar aset sedia ada sudah agak berusia.

Kegagalan memperolehi kapal baharu dalam jumlah dikehendaki menyebabkan TLDM terpaksa segera melakukan program memanjangkan hayat kapal sedia ada berikutan tempoh operasi yang perlu dilalui setiap kapal berkenaan.

Sehubungan itu, Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md. Ajis memaklumkan, pihaknya akan sentiasa meningkatkan keupayaan kapal-kapal perang tersebut dari semasa ke semasa dalam memastikan kapal-kapal sedia ada mampu melaksanakan tugasnya.

“Sehingga kini, TLDM cuba dan akan memanjangkan jangka hayat kapal selagi yang mampu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyambut kepulangan KD LEKIR yang menyertai Eksesais Rim of The Pacific (RIMPAC) 2022, di Tambatan Pangkalan Lumut, hari ini.

Abu Bakar turut memaklumkan, sebanyak 75 peratus daripada buah kapal milik pasukan itu ketika ini sudah berusia melebih 40 tahun.

“Kapal yang lebih daripada 40 tahun banyak, dan ada antaranya melebihi usia 50 tahun,

“Sebagai contoh, kapal peronda laju yang beroperasi di Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang, semuanya sudah mencecah usia 50 tahun, dalam erti kata (kapal) TLDM sudah lebih usia,

“Sepanjang riwayat KD LEKIR ini, kami (TLDM) telah membuat program memanjangkan hayat. Ia bermakna, kita jangkakan sehingga 2030 kita berupaya mengoperasikannya dengan baik,

“Sebelum 2030, sekiranya kita masih memerlukan perkhidmatan KD LEKIR, kita akan meneruskan sekali lagi program pemanjangan hayat terhadap kapal tersebut. Tetapi ia berdasarkan kemampuan dan keberadaan peruntukan yang diperuntukan,” tegasnya.

Menurut Abu Bakar, tempoh operasi kapal yang tinggi memerlukan TLDM sentiasa melakukan proses penyelenggaraan kapal dengan segera berikutan keadaan kapal dimiliki ‘agak berumur’.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply