Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Mohd Khairul Redza anggota TLDM pertama dinobatkan Best Diver di Maldives

Mohd Khairul Redza anggota TLDM pertama dinobatkan Best Diver di Maldives

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diiktiraf di mata dunia apabila anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dinobatkan Penuntut Terbaik Keseluruhan (Best Diver) di Maldives.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, Laskar Kanan Penyelam (LK PLM) Mohd Khairul Redza Hakemi merupakan anggota selam Kapal Diraja (KD) LEKIU telah menyertai Kursus Coast Guard Basic Diving anjuran Coast Guard Training School Maldives selama 3 bulan.

Beliau turut dinobatkan Penuntut Terbaik Penyelam Luar Negara (Best Foreign Diver).

“Kursus yang dianjurkan sejak 10 tahun ini merupakan pertama kalinya penyertaan dari TLDM dan pertama kalinya dianugerahkan Best Diver kepada peserta luar negara,

“Pencapaian cemerlang ini membuktikan kewibawaan dan kemampuan anggota TLDM bersaing dengan pasukan selam dari negara luar,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!