LAHAD DATU, 26 Ogos – Seramai 3 pegawai dan 20 anggota bawah naungan Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) menyertai Program Semai Budi 13 Bgd Bersama Warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Desa Kencana, Lahad Datu pada 24 Ogos lalu.
Markas 13 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya menjelaskan, program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pihak tentera dengan masyarakat setempat terutamanya golongan istimewa.
Tambahnya, program ini juga sekaligus memenuhi pelaksanaan Pelan Strategik MINDEF (PSM) Tahun 2021-2025 di bawah Teras Empat iaitu Pengukuhan Kerjasama Tentera-Awam (CIMIC).
“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran PPDK Desa Kencana serta pemasangan bendera Malaysia dan Sabah bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan,
“Selain itu, pemeriksaan kesihatan turut dilakukan terhadap pelatih di PPDK demi memastikan tahap kesihatan mereka dalam keadaan baik,” jelas hantaran itu.
Pelaksanaan program sebegini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.-airtimes.my
Galeri gambar: