KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO tidak memerlukan lagi ‘poster boy’ untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Katanya, poster boy kini tidak lagi relevan kerana ia boleh jadi bola tanggung, punching bag atau senjata makan tuan.
“Walaupun sudah ada keputusan, tetapi kalau sudah jadi liabiliti, elok batalkan sahaja poster boy. Manusia bernyawa mudah difitnah jika jadi poster boy,
“Justeru, lagi baik logo Barisan Nasional (BN) dijadikan poster boy. Benda tak bernyawa memang sukar untuk difitnah. Lagi pun logo BN telah sebati kepada rakyat,
“Poster boy tidak boleh mereka yang over perasan dan lembik. Harapkan pagar, pagar makan padi,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Menerusi hantaran tersebut, Mohd Puad tidak menyatakan nama individu poster boy yang dimaksudkannya itu.
Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi UMNO sepakat mencalonkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ untuk PRU15. – airtimes.my