Home Semasa Najib buat orang Melayu tak malu bila mencuri – Tun Mahathir

Najib buat orang Melayu tak malu bila mencuri – Tun Mahathir

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai individu yang paling berjaya ‘menterbalikkan’ orang Melayu.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu mendakwa kejayaan terbesar Najib adalah menanam pendapat dalam kalangan orang Melayu untuk tidak berasa malu walaupun mencuri.

“Dahulu orang Melayu memandang rendah kepada orang yang mencuri. Mereka amat malu jika ada ahli keluarga yang terlibat dengan jenayah, dengan mencuri dan sebagainya,

“Tetapi sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu. Apa nak malu. Najib menanam pendapat bahawa apa nak malu jika ia mencuri,

“Dia boss. Boss boleh mencuri. Kalau boss tak malu kerana mencuri, orang Melayu pun tak perlu malu bila mencuri,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya malam tadi.

Sehubungan itu, jelas Tun Mahathir, ramai orang kini sudah tidak tahu malu.

“Dan sekarang ini ramai orang tak tahu malu. Ada yang sampai cium tangan. Kenapa cium tangan. Boleh dapat duit. Boleh dapat jawatan. Apa nak malu,

“Kalau tangan berbau najis, tak apa. Ada duit dalam najis. Terbongkok-bongkoklah nak cium tangan. Apa nak malu. Kalau tangan bersalut tahi tetapi ada duit, okaylah. Tak payah malu,” sindirnya.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, dunia mentertawakan Malaysia dengan kelakuan yang memalukan itu.

“Inilah kejayaan Najib yang terbesar. Orang Melayu tak perlu malu. Terima duit yang dicuri, tak malu. Minta duit free, tak malu. Tak bayar hutang tak malu. Pilih pencuri, perasuah, banduan sebagai perdana menteri, okay. Tak malu,

“Dunia ketawa negara Malaysia kerana tak malu dengan kelakuan yang memalu, tak malu,” ujarnya.

Najib kini dalam proses menyelesaikan rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Semalam, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi malafazkan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di depan jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir penglibatannya dalam penyelewengan dana SRC.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah pada 28 Julai 2020.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!