Home Pertahanan dan Keselamatan APMM gagalkan cubaan seludup keluar 8,000 liter minyak petrol bersubsidi

APMM gagalkan cubaan seludup keluar 8,000 liter minyak petrol bersubsidi

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 22 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lahad Datu berjaya menggagalkan cubaan seludup keluar 8,000 liter minyak petrol bersubsidi di Lahad Datu, kelmarin.

Pengarah APMM Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, penahanan dibuat hasil maklumat dari orang awam berkaitan aktiviti mencurigakan sedang berlaku di jeti Pangkalan Nelayan Silam Kem.

“Hasil dari maklumat bot ronda APMM telah diatur gerak ke kawasan kejadian bersama pasukan darat bagi melakukan pemeriksaan serta serbuan,

“Hasil serbuan melalui laut serta darat berjaya menahan 3 lelaki tempatan bersama seorang warga asing dari Filipina berumur antara 20 hingga 70 tahun,” jelas beliau.

Menurutnya, kesemua suspek didapati sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak dari lori ke sebuah bot kargo dan dipercayai bertujuan untuk diseludup ke negara jiran.

“Bot kargo berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk membawa minyak petrol ketika pemeriksaan dokumentasi dijalankan,

“Sebuah bot kargo dan lori bersama 40 tong drum dengan anggaran minyak petrol berjumlah 8 ribu liter turut dirampas. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM286,400,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, kesemua suspek bersama barang rampasan telah ditahan serta diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Orang ramai diminta untuk bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan ke APMM Lahad Datu yang beroperasi 24 jam ditalian 089-885727 atau MERS 999,” katanya. -airtimes.my

Sebuah bot kargo dan lori bersama 40 tong drum dengan anggaran minyak petrol berjumlah 8 ribu liter turut dirampas. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM286,400

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!