TERENDAK, 19 Ogos – Sebanyak 200 buah Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) akan diselenggara dalam 4 fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2022.
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam hantaran media sosialnya berkata, Markas Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 3 Division telah melaksanakan projek senggaraan fasa 1, RKAT Desa Tun Razak yang bermula 14 Febuari 22 dan telah siap sepenuhnya pada 23 Mei 22.
“Manakala 200 unit lagi RKAT dibawah Garison Terendak akan diselenggara dalam 4 fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini,
“Projek selenggara ini melibatkan seorang pegawai dan 140 anggota yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta,” jelas TDM.
Dalam pada itu, usaha ini dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada penghuni RKAT yang terdiri daripada anggota dan kaki tangan awam yang bertugas di Kem Terendak.
Terdahulu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Seri Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan majlis penyerahan kunci projek RKAT Desa Tun Razak, Sungai Udang, Melaka, semalam.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hafizuddeain Jantan; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad; Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan barisan pegawai kanan TDM. – airtimes.my