SUBANG, 15 Ogos 22 – Eksesais Pacific Angel 22-2 (PA 22-2) telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Subang di antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama United States Pacific Airforce (US PACAF).
TUDM menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, latihan ini melibatkan konsep Field Training Exercise (FTX); Table Top Exercise (TTX) dan subject Matter Expert Exchange (SMEE) kedua-dua buah negara.
“Latihan ini melibatkan Pasukan Pertahanan Darat TUDM (HANDAU) dan United States Air Force Security Force (USAF SF) yang merangkumi ‘Tactics, Techniques and Procedures’ (TTP) bagi melaksanakan Operasi Keselamatan serta Pertahanan Pangkalan melalui Konsep ‘Integrated Base Defense’,
“Objektif latihan ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap pengoperasian dan pertukaran idea serta kemahiran secara profesional,” jelas TUDM.
Selain itu, TUDM turut dapat menilai serta menambahbaik kesiagaan, pengetahuan, skil serta kompetensi dalam Operasi Keselamatan dan Pertahanan Pangkalan.
“Ia termasuklah keperluan kenderaan operasi, peralatan serta persenjataan yang bersesuaian dan mencukupi bagi pelaksanaan operasi berkenaan,” tambahnya. -airtimes.my