Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 5 penyeludup, rampas arak bernilai RM90,000

Tentera Darat cekup 5 penyeludup, rampas arak bernilai RM90,000

by Air Times News Network

LIMBANG, 11 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan 4 lelaki dan seorang perempuan menyeludup minuman keras pelbagai jenama bernilai RM90,000 di sempadan Malaysia-Brunei, semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata, anggota Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) yang sedang melakukan rondaan Operasi (Op) Benteng telah mengesyaki sesuatu yang mencurigakan selepas mengesan sebuah van berhenti di jeti berkenaan.

“Serbuan pada jam 2.30 pagi itu, telah berjaya merampas 116 karton minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan RM90,000,

“Turut ditahan 2 lelaki dan seorang wanita warga tempatan bersama 2 lelaki warganegara Brunei berusia sekitar 24 hingga 53 tahun yang berada dalam van tersebut,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, sindiket ini dipercayai melakukan aktiviti penyeludupan minuman keras dari Malaysia ke Brunei.

Tentera Darat Malaysia berjaya menahan 2 lelaki dan seorang wanita warga tempatan bersama 2 lelaki warganegara Brunei berusia sekitar 24 hingga 53 tahun

Tambahnya, sebuah van turut dirampas yang dianggarkan bernilai RM30,000.

“Semua minuman keras dirampas dan individu yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!