Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan ‘transporter’ seludup 6 PATI dari Kota Bharu ke Klang

Polis tahan ‘transporter’ seludup 6 PATI dari Kota Bharu ke Klang

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 11 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang ‘transporter’ lelaki warga tempatan menyeludup 6 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar dalam sekatan jalan raya (SJR) di Persiaran Tun Teja Alam Impian, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Polis Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pemandu kenderaan Nissan Teana itu berusia 31 tahun menerima bayaran upah sebanyak RM300 bagi setiap seorang PATI tersebut.

“Ketika ditahan, 3 lelaki daripada PATI tersebut ditemui bersembunyi di dalam bonet belakang kenderaan terbabit,

“Manakala 3 perempuan yang disembunyikan dalam bonet kereta dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

3 PATI perempuan yang disembunyikan dalam bonet kereta dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri

“Ketiga-tiga wanita warga Myanmar berkenaan dipercayai bersembunyi di dalam bonet terbabit sejak dari Kota Bharu lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek mengaku menerima upah daripada individu yang dikenali dengan nama panggilan ‘Pok Sey’.

“Pemeriksaan lanjut terhadap beg yang dipakai oleh suspek telah menjumpai peralatan menghisap dadah dan juga satu plastik yang mengandungi 50 biji pil berwarna merah yang dipercayai pil kuda,” ujarnya.

Tambahnya lagi, suspek telah direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan PATI tersebut direman 14 hari bermula Khamis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!