Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 2 lelaki warga asing seleweng barang kawalan

Tentera Darat cekup 2 lelaki warga asing seleweng barang kawalan

by Air Times News Network

TANAH MERAH, 7 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan 2 lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an kerana terlibat dalam aktiviti penyelewengan barangan kawalan.

Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tanah Merah, Abdul Azizi Abdul Kadir berkata, pihaknya telah menerima 2 kes serahan daripada Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai di Markas Taktikal Pos Renab, Bukit Bunga, Tanah Merah.

“Kedua lelaki tersebut tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah,

“Rampasan turut dibuat keatas minyak diesel dengan anggaran sebanyak 80 liter dan minyak petrol dengan anggaran 240 liter bersama sebuah motosikal berpendaftaran Thailand,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM3,664 dan kesemua suspek di remen selama 4 hari bermula Sabtu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri di Majistret Machang, Kelantan bagi tindakan siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!