Home Pertahanan dan Keselamatan Kastam tumpas sindiket dadah RM1.88 juta di Sabah

Kastam tumpas sindiket dadah RM1.88 juta di Sabah

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 3 Ogos – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.88 juta dalam Operasi Khas Mekong Dragon Siri IV pada sebuah rumah di Kota Kinabalu, pada Ahad.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 12.12 tengah hari itu telah berjaya merampas 52 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine.

Jelasnya, serbuan yang dijalankan hasil maklumat risikan selama 2 bulan oleh Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA) turut berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 37 tahun yang sedang melakukan kerja pembungkusan dadah tersebut.

Zazuli berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah menjadikan kediaman tersebut sebagai tempat proses pembungkusan dadah.

“Pembungkusan dilakukan dengan memasukkan dadah ke dalam plastik teh,

“Dadah yang siap dibungkus disembunyikan di dalam peralatan elektrik dapur dan disimpan dalam kotak,” katanya pada sidang media di Menara Kastam, hari ini.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengesan individu-individu lain yang terlibat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!