HAWAII, 29 Jul – Seramai 9 anggota dari Kapal Diraja (KD) LEKIR telah dinaikkan pangkat di Lautan Pasifik pada Isnin lepas.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan Pegawai Memerintah, Komander Mohd Asri Dasman TLDM.
“Anggota yang terlibat adalah Pegawai Waran (PW) II PAP Azmi Hasshim; PW II PAP Rosman Daud; PW II TLR Mohammad Yusmanizar Misran; Bintara Kanan (BK) TLS Ridzuan Shafie; BK TMK Mohd Abdul Hadri Mohd Rashid dan BK JTP Mohamad Fauzi Md Isa,
“Turut dinaikkan pangkat adalah Bintara Muda KOM Zulkhairi Abdul Rahim; Laskar Kanan TMK Azamuddin Othman dan Laskar Kelas I KOM Muhammad Azhari Abd Rahman,” katanya.
Menurut TLDM, majlis pemakaian pangkat ketika dalam pelayaran adalah satu perkara yang biasa, tetapi buat mereka yang terlibat, ia menjadi kenangan manis kerana sedang dalam latihan di Lautan Pasifik.
KD LEKIR kini terlibat dengan Eksesais RIMPAC 2022 di Kepulauan Hawaii bermula pada 29 Jun hingga 4 Ogos ini. – airtimes.my