Home Semasa Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU – JKM

Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU – JKM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina agama Islam, adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

Menurut JKM, semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) mendapati Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU.

“Susulan tular satu infografik di laman sosial dan portal digital berkenaan Siti Nuramira Abdullah adalah pemegang kada OKU,

“JKM ingin memaklumkan bahawa berdasarkan semakan rekod mendapati Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU,” jelas JKM dalam kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih.

“JKM berharap laporan ini diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU,” tegas JKM.

Pada 13 Julai lepas, Siti Nuramira, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas kesalahan yang didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, pada 6 petang, 4 Jun lepas.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!