1.2K
KUALA LUMPUR, 27 Jul – Gangguan elektrik besar-besaran dilaporkan berlaku di kawasan Lembah Klang dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Kejadian berlaku kira-kira 12.50 tengah hari sebelum kembali pulih dalam masa setengah jam.
Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengesahkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan tanpa menyatakan zon yang terjejas secara terperinci.
“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan,
“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” kata TNB di akaun media sosial rasminya.
Tinjauan di media sosial mendapati gangguan elektrik turut dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. – airtimes.my