Home SemasaGlobal Airbus berjaya uji kit memadam kebakaran hutan pada A400M

Airbus berjaya uji kit memadam kebakaran hutan pada A400M

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=4Ia7cldkNLE[/embedyt]

 

GETAFE, 27 Jul – Syarikat Airbus telah berjaya menguji kit memadam kebakaran mudah alih pada pesawat pengangkut A400M dalam penerbangan ujian di Sepanyol.

Airbus dalam satu kenyataan berkata, penerbangan ujian ini diadakan pada waktu siang dengan ketinggian operasi 150 kaki dengan kelajuan penerbangan serendah 125 knot dan pengguguran sehingga 20 tan air dari tangki dalam masa lebih kurang 10 saat.

“Objektif utama ujian ini adalah untuk menentukan kuantiti air yang digugurkan serta keupayaan A400M untuk melaksanakan tugasan baru ini dengan menggunakan kit memadam kebakaran hutan ini,

“Pembangunan prototaip ini dan ujian telah dilakukan dengan kerjasama Kumpulan ke-43 Tentera Udara Sepanyol, pihak berkuasa kebakaran hutan Eropah serta Kementerian Peralihan Ekologi dan Cabaran Demografi (MITECO),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Airbus Defence and Space Mike Schoellhorn berkata, pembangunan kit pemadam kebakaran ini merupakan usaha murni pihaknya ke arah membantu dunia yang lebih lestari dan selamat, bukan sahaja menerusi tindakan tetapi juga produk-produknya.

“Kami percaya A400M boleh memainkan peranan penting dalam menangani ancaman yang semakin meningkat akibat kebakaran hutan dan menyokong pemulihan sistem sosial serta alam sekitar,” ujarnya.

Menurutnya, penyelesaian kit memadam kebakaran dicipta untuk pesawat A400M ialah kit roll-on/roll-off (RORO) yang tidak memerlukan pengubahsuaian pada pesawat dan membolehkan ia digunakan pada mana-mana pesawat pengangkut itu.

Katanya, RORO ini membolehkan tindak balas pantas terhadap kebakaran yang tidak dijangka dan konfigurasi semula pesawat kepada mana-mana peranannya yang lain.

Disebabkan keupayaan penerbangan tahap rendah dan kebolehgerakannya pada kelajuan rendah, A400M boleh menurunkan muatan air dengan tepat pada ketinggian yang sangat rendah, sehingga 150 kaki.

Pada masa hadapan, sebagai tambahan kepada pembangunan versi pengeluaran kit ini, Airbus akan menganalisis operasi ini juga dalam keadaan waktu malam bahi mengukuhkan kecekapan dan keberkesanan misi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!