KUALA LUMPUR, 26 Jul – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mauritius Telecom, Sherry Singh mendedahkan beliau telah menerima arahan Perdana Menteri negara itu untuk memasang peralatan intip di jaringan internet antarabangsa.
Menurut beliau, Perdana Menteri Mauritius Pravind Jugnauth telah memberikan kebenaran untuk pihak ketiga mengakses fasiliti komunikasi sensitif jaringan kabel internet antarabangsa South Africa Far East (SAFE) yang turut mempunyai sambungan internet dari Malaysia.
“Sherry dakwa arahan dikeluarkan oleh Pravind kepada beliau untuk membenarkan pihak ketiga mengakses dan memasang peralatan untuk menghidu trafik internet,
“Bekas CEO Mauritius Telecom sedang disiasat oleh pihak keselamatan berhubung dakwaan beliau dalam satu wawancara oleh radio tempatan” lapor Agensi media Mauritius, Defimedia.
Menurut agensi tersebut, pihak ketiga yang didakwa oleh Sherry adalah sekumpulan juruteknik dari India.
Defimedia tersebut turut mendedahkan tangkap layar yang dibekalkan oleh Sherry yang menunjukkan skematik pemasangan peralatan tersebut.
“Sambungan yang dilakukan membolehkan berlakunya pemintasan data trafik,” kata laporan itu.
SAFE merupakan jaringan kabel fiber optik dasar laut yang menyambungkan talian internet dari Afrika Selatan, Mauritius, India, dan Malaysia. Kabel sepenjang 13 500 kilometer ini mula beroperasi pada tahun 2022. Ia merupakan sebahagian daripada jaringan sepanjang 28 000 km yang menghubungkan talian internet Asia dan Afrika ke Eropah. – airtimes.my