Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Camar PARA tingkat kemahiran komunikasi anggota semboyan

Eksesais Camar PARA tingkat kemahiran komunikasi anggota semboyan

by Air Times News Network

GEMAS, 26 Jul – Skuadron Semboyan Briged Kesepuluh Infantri Para (10 SSB Para) telah melaksanakan Eksesais Camar PARA siri 1/2022 di kawasan am Asahan, Kem Syed Sirajuddin dan Gunung Ledang, Johor pada 20 hingga 23 Julai lepas.

Rejimen Semboyan Diraja (RSD) dalam hantaran di media sosialnya berkata, seramai 2 pegawai dan 78 anggota platun serta elemen semboyan dari pasukan bawah naungan 10 Briged Para telah menjayakan eksesais tersebut.

“Antara latihan yang dilaksanakan pada kali ini melibatkan aturgerak Leading Para Battle Group (LPBG) dan Follow Up Para Battle Group (FUPBG) dalam menguasai serta mempertahankan titik penting dalam tempoh masa yang diarahkan meneruskan misi bagi mencapai objektif mutlak ditetapkan,” katanya.

Sebelum ekesesais ini, 10 SSB Para dan Skn Armor Para telah melaksanakan Pre-Deployment Trainning (PDT) bermula dari 16 sehingga 18 Julai lalu melibatkan aspek latihan penubuhan komunikasi, Keselamatan Komunikasi (KESKOM), konfigurasi peralatan serta sistem serta pengendalian berita.

Menurutnya, keseluruhan eksesais merangkumi fasa aturgerak, menguasai dan mempertahankan titik penting serta battle hand over.

“Ianya disokong oleh penguasaan perintah dan kawalan melibatkan medium komunikasi seperti radio taktikal, telefon medan serta terminal satelit X Band,

“Eksesais ini diakhiri dengan After Action Review (AAR) untuk menilai pencapaian eksesais dan melihat perkara-perkara yang perlu diperhalusi bagi ruang penambahbaikan aspek komunikasi sama ada secara taktikal atau teknikal,” ujarnya. -airtimes.my

Antara latihan yang dilaksanakan pada kali ini melibatkan aturgerak Leading Para Battle Group (LPBG) dan Follow Up Para Battle Group (FUPBG)

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!