Home Pertahanan dan Keselamatan Kaburi mata penguatkuasa, tekong dan 3 awak-awak sanggup bekerja dalam gelap

Kaburi mata penguatkuasa, tekong dan 3 awak-awak sanggup bekerja dalam gelap

by Air Times News Network

KUALA PERLIS, 23 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Perlis berjaya menahan sebuah bot Kelas A bernombor pendaftaran KHF 1770 sedang melakukan aktiviti menangguk siput retak seribu secara haram di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat Sungai Berembang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, tekong dan 3 awak-awak warga tempatan berusia 38 hingga 46 tahun ditahan kerana melakukan aktiviti tersebut tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kesalahan tersebut adalah di bawah Seksyen 11 (3) (C) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran,

“Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin dan siput retak seribu sekitar RM100,960,” katanya.

Menurutnya, kesemua awak-awak termasuk tekong, bot dan hasil tangkapan siput tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!