Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais Kelawar tingkat kemahiran, kesiagaan kru EC 725 AP bersama pasukan khas ATM

Eksesais Kelawar tingkat kemahiran, kesiagaan kru EC 725 AP bersama pasukan khas ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Jul – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan Eksesais Kelawar siri 13/22 bagi meningkatkan kemahiran dan kesiagaan kru pesawat helikopter EC 725 AP bersama dengan anggota pasukan khas.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, latihan tersebut diadakan dengan penglibatan anggota pasukan khas dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU).

“Menerusi fasa penerbangan, aset TUDM yang terlibat ialah helikopter EC 725 AP yang dioperasikan oleh anak kapal dari No 5 Skn dan No 10 Skn,

“Eksesais yang dilaksanakan adalah Freefall, Helicopter Insertion and Extraction (HIE), Aerial Sniping dan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) Mission, Roll Duck serta Water Jump,” katanya.

Menurut TUDM, juruterbang dan anak kapal terus komited melaksanakan eksesais demi mengekal dan meningkatkan kompetensi serta kesiagaan yang tinggi pada sebilang masa bertepatan dengan objektif eksesais. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply