BUKIT MERTAJAM, 21 Jul – Polis telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan sepasang kekasih dan merampas ganja seberat 300 kilogram (kg) bernilai RM750,000 dalam serbuan serbuan di sebuah rumah di Taman Impian, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata, serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perlis dengan kerjasama JSJN Bukit Aman dan Pulau Pinang itu dilakukan kira-kira jam 9 malam.
Beliau menjelaskan, JSJN Perlis mendapat maklumat berkaitan kegiatan pengedaran ganja dipercayai diseludup masuk dari Thailand melalui jalan laut.
Jelasnya, JSJN Perlis kemudian mengekori sebuah van dipercayai membawa dadah sehingga ke Pulau Pinang dan membuat serbuan di sebuah rumah sewa didiami lelaki warga tempatan berusia 41 tahun serta wanita warga Indonesia berusia 37 tahun.
“Pemeriksaan lanjut ke atas rumah itu menemui 12 kotak polisterin yang setiap satu mengandungi 24 ketulan mampat ganja yang disembunyikan di sekitar kawasan kediaman berkenaan,
“Pemeriksaan ke atas rumah itu menemukan 300 kg ganja bernilai RM750,000 yang disembunyikan di dalam kediaman tersebut,
“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan wanita warga Indonesia berusia 37 tahun yang berada di rumah itu ketika serbuan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) pada Khamis.
Surina menjelaskan, siasatan mendapati rumah sewa didiami suspek dijadikan transit sebelum dadah itu dipasarkan ke Lembah Klang.
“Kedua-dua suspek ini adalah ahli sindiket pengedaran dadah namun siasatan lanjut masih diteruskan ke atas mereka bagi mengetahui sejak bila kegiatan ini beroperasi,
“Polis percaya 2 suspek yang ditahan itu merupakan ahli sindiket yang berperanan untuk menjaga ganja di rumah disewa sindiket pengedaran dadah tersebut,
“Semakan mendapati pasangan itu tiada surat nikah dan wanita berkenaan juga tiada sebarang dokumen perjalanan diri yang sah. Kedua-dua mereka yang juga tiada rekod jenayah dan negatif ujian air kencing ini direman hingga 23 Julai 2022,” katanya.
Tambahnya, siasatan dijalankan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mengulas lanjut, Surina berkata, pihaknya turut menyita sebuah motosikal bernilai RM2,800 dan serbuan itu dan kesemua ganja yang dirampas boleh digunakan oleh 600,000 penagih dadah. -airtimes.my