Home Pertahanan dan Keselamatan Kerjasama pertahanan dan pelan perumahan warga ATM dibangkitkan di Parlimen hari ini

Kerjasama pertahanan dan pelan perumahan warga ATM dibangkitkan di Parlimen hari ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Sebanyak 2 soalan diajukan kepada pihak Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen, kedua-dua soalan yang diajukan menyentuh kerjasama ketenteraan trilateral dan blueprint perumahan.

“Apakah bentuk perancangan kerjasama ketenteraan trilateral (trilateral cooperative arrangement) TCA antara Filipina, Indonesia dan Malaysia,

“Adakah sama ada kerjasama ketenteraan akan dilanjutkan kepada negara-negara ASEAN lain?” oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai.

Sementara itu Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan A/L Subramaniam mengajukan soalan berhubung Blueprint Perumahan 2.0.

“Rummah merupakan keperluan asas penting bagi sesiapa pun termasuk Warga ATM dan Veteran ATM.

“Kerajaan Pakatan Harapan umumkan Blueprint Perumahan 2.0 pada tahun 2019. Nyatakan status terkini blueprint tersebut,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!