Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 22 PATI Myanmar seludup masuk guna laluan getah diberkas

22 PATI Myanmar seludup masuk guna laluan getah diberkas

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 20 Jul – Cubaan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menyusup masuk ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand gagal, apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di kawasan ladang getah, petang semalam.

Kesemua warga asing yang terdiri daripada 14 lelaki dan 8 wanita berusia antara 19 hingga 45 tahun itu ditahan oleh anggota ronda Operasi Benteng (Op Benteng) di Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) pada jam 1.30 petang.

Markas Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam satu kenyataan berkata, penahanan mereka dibuat setelah anggota ronda mengesan pergerakan masuk sekumpulan individu disyaki PATI melalui kawasan ladang getah di pagar sempadan Malaysia-Thailand.

“Anggota bertugas seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kumpulan tersebut seramai 22 orang,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan berumur antara 45 hingga 19 tahun terdiri daripada 14 lelaki dan 8 perempuan,

“Turut dirampas adalah 5 buah telefon bimbit, wang tunai RM100 dan 22 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM2,600.00,” jelas kenyataan itu.

Markas 2 Div menjelaskan, kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Tambahnya, pasukan beroperasi akan terus memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply