MELAKA, 18 Jul β Seramai 8 pegawai dan 194 anggota di bawah naungan 10 Briged (Para) berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) (Decentralised) Siri 2/2022 di persisiran pantai, Kem Terendak, pada Jumaat lepas.
Buletin Briged Para dalam hantaran di media sosialnya berkata, penutup kursus telah disempurnakan Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal.
Khairul Azmizal dalam ucapannya mengingkatkan kepada penuntut kursus APAC dan seluruh warga 10 Briged (Para) supaya sentiasa mengekalkan ππ’π³π’ ππ³π°π§πͺππ¦ sebilang masa selain mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam apa jua aspek tugasan yang diberi.
βNilai kesatuan sedia ada atau lebih dikenali sebagai ππͺπ³π£π°π³π―π¦ ππ³π°π΅π©π¦π³π©π°π°π₯ yang mengutamakan tugas dan organisasi, tidak mementingkan diri sendiri hendaklah dikekalkan demi memastikan nilai dan kebanggaan dalam menjunjung keutuhan organisasi dapat dicapai,β katanya.
Selain itu, Panglima 10 Briged (Para) merakamkan terima kasih di atas kehadiran keluarga penuntut yang pada acara penuntup kali ini.
Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut kursus di atas kegigihan, kekentalan dan kecekalan menamatkan kursus siri kali ini.
Turut diadakan pertunjukan Demonstrasi Dinamik Tempur berkonsepkan sebahagian aturgerak 10 Briged (Para) seperti ππ―π΄π¦π³π΅πͺπ°π― oleh Tim tinjau, serangan dengan menggunakan bot tempur, melaksanakan serangan mengejut (π³π’πͺπ₯) ke atas kedudukan musuh dan seterusnya melaksanakan π¦πΉπ΅π³π’π€π΅πͺπ°π―.
Pada kursus APAC kali ini, Leftenan Redza Rodwan dari pasukan 9 RAMD (Para) telah dinobatkan Penuntut Keseluruhan Terbaik.
Manakala Prebet Mohamad Ikmal Hakim Mohd Roslan dari Markas 10 Briged (Para) telah merangkul Penuntut Ketabahan Terbaik dan Penuntut Jasmani Terbaik telah dianugerahkan kepada Prebet Mohamad Nur Radzman Muhamad Munib dari pasukan 9 RAMD (Para). β airtimes.my
Galeri gambar: