Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Cawangan Selam TLDM beri rawatan ehsan kepada penyelam England

Cawangan Selam TLDM beri rawatan ehsan kepada penyelam England

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 15 Jul – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memberikan rawatan kepada seorang pelancong wanita yang juga penyelam warganegara England mengalami Decompression Sickness Type I, semalam.

Markas Pemerintahan Armada (MPA) Timur dalam hantaran di media sosialnya berkata, wanita tersebut telah mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu (HATWKK) sebelum dirujuk ke Kebuk Mampatan Hyperbarik milik Cawangan Selam untuk rawatan lanjut.

“Beliau yang berusia 29 tahun telah mengalami sakit kepala dan kebas di beberapa bahagian badan setelah melaksanakan aktiviti penyelaman dengan kedalaman 30 meter di Pulau Mabul,

“Setelah diperiksa lanjut oleh Pakar Perubatan HATWKK, wanita tersebut telah disahkan mengalami Decompression Sickness Type I, akibat tidak melaksanakan hentian semasa penyelaman hingga menyebabkan tubuh badan beliau mengalami simptom-simptom tersebut,” katanya.

Menurut MPA, wanita tersebut telah diberi rawatan menggunakan kebuk mampatan hiperbarik selama 4 jam 45 minit sebelum disahkan pulih sepenuhnya.

“Selepas rawatan, wanita ini telah dinasihatkan supaya tidak menaiki pesawat dalam masa 72 jam dan seterusnya tidak menjalani aktiviti penyelaman dalam masa terdekat demi menjaga kesihatannya,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!