Home Politik PRU15: Media Tentera Rakyat umum tanding 6 kerusi Parlimen, bawa suara veteran tentera

PRU15: Media Tentera Rakyat umum tanding 6 kerusi Parlimen, bawa suara veteran tentera

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=SGG90dY0Kb8[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 14 Jul – Media Tentera Rakyat (MTR) mengumumkan untuk menyenaraikan seramai 6 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi MTR, Mejar Zamri Abd Rahman (Bersara) berkata, kesemua Exco dan ahli jawatankuasa induk negeri telah sebulat suara bersetuju agar MTR bertanding dalam PRU15 dengan membawa suara veteran tentera khasnya, polis dan bekas kakitangan kerajaan.

Kesemua Exco dan ahli jawatankuasa induk negeri telah sebulat suara bersetuju agar MTR bertanding dalam PRU15 dengan membawa suara veteran tentera khasnya, polis dan bekas kakitangan kerajaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jelasnya, hasrat bagi MTR bertanding adalah disebabkan keadaan politik semasa yang tidak begitu stabil dan menimbulkan keresahan kepada rakyat.

“Rakyat juga tidak tahu yang mana satu parti yang boleh membawa agenda mereka dan juga dimanakah negara kita dimasa akan datang,

“Setakat ini, MTR akan mencalonkan seramai 6 orang iaitu di Parlimen Tangga Batu, Port Dickson, Wangsa Maju, Setiawangsa, Tampin dan Sungai Petani,

“Pencalonan masih lagi terbuka kepada semua untuk menjadi calon dan berjuang bersama kami,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Pencalonan MTR di Mandarin Oriental Hotel, hari ini.

Pencalonan masih lagi terbuka kepada semua untuk menjadi calon dan berjuang bersama kami – Mejar Zamri Abd Rahman (Bersara)

Zamri menjelaskan, MTR berhasrat untuk meletakkan sebanyak 15 calon bagi setiap negeri dan wakil untuk bersama-sama bertanding melancarkan sistem demokrasi negara dalam PRU15.

Tambahnya lagi, MTR akan bertanding dengan menggunakan logo rasmi mereka agar para pengundi lebih mudah mengenali untuk membuat pilihan ketika mengundi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!