Home Pertahanan dan Keselamatan Blueprint Perumahan 3.0 tambah baik kebajikan warga ATM, veteran dan awam MINDEF

Blueprint Perumahan 3.0 tambah baik kebajikan warga ATM, veteran dan awam MINDEF

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=eGEoCnskyvY[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 13 Jul – Blueprint Perumahan 3.0 (BP3.0) merupakan agenda perumahan menyeluruh bagi menambah baik aspek kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk veteran dan warga awam Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BP3.0 ini adalah bagi mendokong aspirasi Keluarga Malaysia dalam melestarikan kebajikan warga kerja Pertahanan.

“Selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang saya perkenalkan, rangka tindakan ini akan memastikan perancangan Agenda Perumahan MINDEF yang bermula dari tahun 2022 hingga 2030 dapat dilaksanakan dengan teratur,

“Ini seterusnya dapat menjamin kemudahan perumahan kepada warga kerja pertahanan yang telah menyumbang bakti kepada kedaulatan negara dan paling banyak berkorban demi membela keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Rangka Tindakan (Blueprint) Perumahan 3.0 MINDEF (BP3.0), di Wisma Perwira, hari ini.

Kerajaan melalui MINDEF memberi keutamaan dan tiada kompromi mengenai agenda perumahan warga ATM serta orang awam MINDEF – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menurut Ismail Sabri, kerajaan melalui MINDEF memberi keutamaan dan tiada kompromi mengenai agenda perumahan warga ATM serta orang awam MINDEF.

“Hasil daripada pelaksanaan BP1.0 dan BP2.0, sebanyak 4,200 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) baru telah berjaya disiapkan serta diduduki,

“Bagi meneruskan kesinambungan BP1.0 dan BP2.0, BP3.0 pula akan menumpukan kepada penyediaan baki keperluan 12,733 unit RKMAT seluruh negara menerusi 5 fasa bermula tahun 2023 hingga tahun 2030,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), 5 projek perumahan RKMAT telah pun diluluskan.

“Ini membuktikan bahawa kerajaan komited untuk menjadikan Agenda Perumahan MINDEF sebagai keutamaan dalam perancangan pembangunan negara dan sering dibincangkan oleh pengurusan tertinggi kementerian,

“BP3.0 adalah projek perumahan jangka panjang MINDEF yang menitik beratkan kebajikan warganya. Perancangannya cukup besar dan meluas, yang bukan sahaja menuntut komitmen dan kesungguhan yang tinggi, malah memerlukan kerjasama erat daripada semua pihak yang terbabit,” jelasnya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien menjelaskan, BP3.0 ini dirangka berteraskan 3 aspirasi utama atau 3P iaitu pembinaan perumahan RKMAT; penyelenggaraan perumahan untuk warga kerja pertahanan dan veteran ATM serta pemilikan rumah untuk warga kerja pertahanan dan veteran.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pelancaran BP3.0 hari ini telah ditambahbaik dengan perancangan yang lebih holistik dan menyeluruh.

“BP3.0 ini dirangka berteraskan 3 aspirasi utama atau 3P iaitu pembinaan perumahan RKMAT; penyelenggaraan perumahan untuk warga kerja pertahanan dan veteran ATM serta pemilikan rumah untuk warga kerja pertahanan dan veteran,

“BP3.0 tidak terhasil dalam satu malam, banyak kerja perlu dibuat. Antaranya, kita meneliti secara terperinci seterusnya mengambil kira pelbagai dasar dan polisi,

“Bukan sahaja Pelan Strategik dan Kertas Putih Pertahanan MINDEF; tidak hanya Perintah AM Angkatan Tentera (PAAT) dan Perintah Angkatan Tentera (PATM); tetapi juga RMKe-12, serta Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan yang ditetapkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,” katanya.

Tambahnya, BP3.0 memfokuskan 4 program utama iaitu RKMAT; selenggaraan dan naik taraf; pemilikan rumah mampu milik serta inisiatif perumahan veteran ATM. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!