Home Semasa Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung, bebas tuduhan mengedar dadah

Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung, bebas tuduhan mengedar dadah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Jul – Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram di Mahkamah Majistret, hari ini.

Walaupun dilepaskan daripada tuduhan mengedar ganja, Yasin masih berdepan tuduhan atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini,

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret pada Rabu.

Sementara itu, abang beliau, Zain Sulaiman turut meluahkan rasa syukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini meskipun adiknya itu tidak dapat bersama-sama menyambut Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.

“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Sebelum ini, Yasin didakwa mengedar dadah berbahaya jenis sama di tempat, waktu dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati jika sabit kesalahan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!