BUTTERWORTH, 3 Jul – Seramai 3 Pegawai dan 119 anggota daripada Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para) berjaya melaksanakan Air Assault Operation menerusi Eksesais LION STRIKE Siri 1/2022 di Pangkalan Udara Butterworth mulai 27 Jun hingga 2 Julai lalu.
18 RAMD (Para) dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini adalah kolaborasi bersama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui Eksesais WIRA HELO siri 6/2022.
“Eksesais ini melibatkan aturgerak Battle Group (BG) Lion selaku Air Assault Troops melalui domain udara menggunakan 5 kali pesawat EC 725 daripada No 10 Skn TUDM ke Objektif TEDUNG (Instalasi penting PU Butterworth) melalui kaedah insertion secara fastroping dan hoverjump,
“Eksesais ini telah dilaksanakan dalam 5 Fasa iaitu Fasa 1 – Staging, Fasa 2 – Loading, Fasa 3 – Air Movt, Fasa 4 – Landing dan Fasa 5 – Ground Tactical,” katanya.
Menurut 18 RAMD (Para), anggota yang terlibat dalam eksesais ini akan melalui Pre-Deployment Training (PDT) seperti Perancangan Cross Loading, Pelaksanaan OBUA dan Raid, TEWT, Familiarisation Training dan Prosedur Emplane, Deplane bersama pesawat.
Katanya, kejayaan anggota BG LION dalam mencapai misi yang telah diberikan melalui perlaksanaan Air Assault Operation telah membuktikan relevensi penubuhan 10 Briged (Para) sebagai salah satu ketumbukan yang berteraskan National Multi-Domain Option terus kekal utuh dalam arus kemodenan tentera, selari dengan Army 4nextG. – airtimes.my