Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 37 PATI Bangladesh, 4 Indonesia ceroboh Malaysia

APMM tahan 37 PATI Bangladesh, 4 Indonesia ceroboh Malaysia

by Nurulhuda

KUALA LINGGI, 1 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang tekong di perairan Kuala Sepang, Selangor pada awal pagi tadi.

Pengarah APMM Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata, kesemua mereka terdiri daripada seorang tekong dan 3 awak-awak warga Indonesia serta 37 warga Bangladesh itu ditahan pada jam 1 pagi kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata, tangkapan dibuat selepas Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) APMM mengesan pergerakan satu kontak mencurigakan sedang memasuki perairan negara kira-kira 11 malam Khamis.

“Berikutan itu, bot APMM Melaka dan Negeri Sembilan yang sedang melaksanakan Operasi Benteng Laut bergegas ke lokasi dan menemukan sebuah bot pancung berwarna kelabu tanpa nombor pendaftaran di kedudukan 1.2 batu nautika barat daya Kuala Sepang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bot menggunakan 2 enjin sangkut jenis Yamaha 200 itu kemudian ditahan dan didapati 41 lelaki termasuk tekong berada dalam bot berkenaan.

Tambahnya, kesemua yang ditahan berumur antara 18 dan 46 tahun itu, akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!