Home Semasa Lelaki lakukan kekasaran terhadap polis trafik ditahan

Lelaki lakukan kekasaran terhadap polis trafik ditahan

by Air Times News Network

PULAU PINANG, 29 Jun – Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang menahan seorang individu melakukan kekasaran terhadap anggota polis trafik yang cuba mengeluarkan saman terhadapnya.

Ketua Polis Barat Daya, Superintenden Polis Kamarul Rizal Jenal berkata, kejadian berlaku pada 27 Jun lalu apabila lelaki tersebut ditahan kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu di Jalan Tun Dr Awang berhampiran Penang International Commercial City.

Pautan video: Kenapa nak berbalah, kalau tak buat salah

“Suspek tidak puas hati di atas tindakan saman dan ingkar arahan polis supaya tidak membuat rakaman menggunakan telefon bimbit miliknya sehingga menggusarkan pegawai polis yang sedang menjalankan tugas tindakan mengeluarkan saman,

“Pegawai polis tersebut cuba menahan suspek kerana menghalang menjalankan tugas dan merampas telefon bimbit untuk siasatan, namun lelaki itu bertindak menggunakan kekerasan jenayah terhadap polis sehingga berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurut Kamarul Rizal, suspek berjaya ditangkap polis dan ditahan reman selama 3 hari sehingga 30 Jun ini.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 188 Kanun Keseksaan mengingkari suatu perintah diistiyarkan oleh penjawat awam,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply