Home PolitikPakatan Harapan Penarikan subsidi tindakan separuh masak, tidak bertanggungjawab – PH

Penarikan subsidi tindakan separuh masak, tidak bertanggungjawab – PH

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Pakatan Harapan (PH) menggesa dan mendesak kerajaan agar meneliti semula penarikan subsidi harga barang yang akan berkuatkuasa serta merta pada 1 Julai ini.

Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH menyifatkan, pengumuman penarikan subsidi itu adalah satu tindakan separuh masak, tidak bertanggungjawab dan terburu-buru serta akan menambahkan masalah sosial dikalangan rakyat.

“JK Kos Sara Hidup PH memandang serius keputusan kerajaan berkenaan penarikan subsidi yang telah diumumkan seblum ini,

“Penarikan ini bakal menaikkan kadar Inflasi harga barang yang menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup rakyat terutama B40,” jelasnya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, JK Kos Sara Hidup PH mencadangkan agar harga siling ayam dan telur dikekalkan serta subsidi kepada penternak serta pengusaha ditambah mengikut keadaan semasa agar bekalan dalam negara tidak terputus.

Selain itu, jawatankuasa itu turut menegaskan agar subsidi minyak masak botol dikekalkan dan kerajaan mesti menetapkan mekanisme kawalan pembelian kepada semua rakyat agar bekalan tidak terputus pada masa depan.

Tambahnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu melaksanakan tanggungjawab ini.

“Subsidi Gas Masak slider (Tong Gas) mesti dikekalkan,

“Penjualan Ron 95 mesti dikekalkan sebagaimana di zaman kerajaan PH tempoh hari berjaya mengekalkan harga pada kadar RM2.00 seliter yang tidak diapungkan,

“Cadangan menaikkan Tarif Air dan Elektrik mesti dihalang serta dikekalkan pada harga semasa demi kesejahteraan semua pihak,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, jawatankuasa itu turut mencadangkan beberapa langkah bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup secara mendadak iaitu penggunaan hasil cukai secara bersasar dan efisien bagi membantu rakyat.

“Menangguhkan projek-projek yang bersifat MEGA dan tidak menguntungkan rakyat dalam jangka pendek dan panjang, umpama MRT3, ECRL, Bandar Malaysia (TR-Exchange) dan lain-lain,

“Cabaran kepada kerajaan mengecilkan anggota Kabinet semasa kerajaan dan menamatkan Jawatan Duta-Duta Khas Luar Negara seperti Duta Khas ke India, Cina, US dan Timur Tengah,

“Memotong elaun Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri dan dipulangkan kepada rakyat,

“Mengurangkan segala bentuk lawatan-lawatan ke luar negara dan membatalkan Kos Percutian Menteri-Menteri Kabinet bagi tahun ini,” ujarnya.

Jawatankuasa ini juga mencadangkan kepada Majlis Presiden PH dan rakyat agar bersama-sama melancarkan protes besar-besaran di 222 kawasan Parlimen seluruh negara atas kegagalan kerajaan membendung kenaikan kos sara hidup rakyat.

“Protes ini dimulakan dengan tindakan minima seperti mengadakan Flashmob,” jelas kenyataan itu.

Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH terdiri daripada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat); Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin); Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang); Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah); Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu); Asmirul Anuar Aris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan); Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah) dan Norhayati Bachok (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!