Home Pertahanan dan Keselamatan 3 ejen laut warga Indonesia diberkas

3 ejen laut warga Indonesia diberkas

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=DmjXy10I3mU[/embedyt]

 

PELABUHAN KLANG, 26 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (APMM) Negeri Selangor menahan 3 kru warga Indonesia disyaki ejen laut yang menaiki bot tongkang kayu di perairan Jeram awal pagi tadi.

Pengarah APMM Negeri Selangor, Kepten Maritim Sivakumar a/l Vengadasalam berkata, kesemua individu berusia 28 hingga 59 tahun itu ditahan pada jam 1.16 pagi.

“Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) APMM telah mengesan bot mencurigakan sedang bergerak di perairan Pulau Angsa menuju ke Sungai Janggut pada jam 11.38 malam, semalam,” jelasnya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, bot PERKASA 35 diaturgerakkan ke lokasi untuk mengesan dan memintas sasaran.

“Pemeriksaan awal mendapati, bot kayu itu dikendalikan seorang tekong dan 2 kru warga Indonesia berumur lingkungan 28 hingga 59 tahun tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,

“Berdasarkan soal siasat pasukan operasi di lokasi, ketiga-tiga suspek dari perairan Indonesia disyaki ejen laut,”jelasnya.

Sivakumar menjelaskan, bot serta 3 suspek warga Indonesia itu ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokuman pengenalan diri yang sah dan melakukan kesalahan memasuki perairan negara melalui jalan yang tidak diwartakan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!