Home Semasa JIM cari 2 lelaki bagi tujuan perbicaraan mahkamah

JIM cari 2 lelaki bagi tujuan perbicaraan mahkamah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat mengenai 2 individu bagi tujuan perbicaraan di mahkamah berhubung beberapa kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

JIM berkata, kedua-dua individu tersebut merupakan warganegara Malaysia.

“Individu pertama adalah Chen Soon Seng, 35, beralamat No.47 Jalan 2/149A Taman Bukit Intan Sri Petaling, Kuala Lumpur,

“Manakala individu kedua adalah Wee Hong Hoo, 35, beralamat 411-G Kampung Lapan Jalan Bachang, Melaka,” kata JIM dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Mohd Azamuddin Long atau Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Mohd Faizal Bustami, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!