Home Pertahanan dan Keselamatan Cuba sogok pegawai APMM, dalang seludup PATI dicekup

Cuba sogok pegawai APMM, dalang seludup PATI dicekup

by Air Times News Network

LANGKAWI, 23 Jun – Agensi Penguatkuasaan Martim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis berjaya menahan 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta seorang warga tempatan disyaki bertindak sebagai ejen darat di Pulau Langkawi, kelmarin.

Pengarah APMM Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, tangkapan tersebut adalah hasil kerjasama bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) Langkawi menerusi Operasi Moon (Op Moon) dalam membanteras aktiviti penyeludupan orang serta pemerdagangan termasuk jenayah rentas sempadan.

“Serbuan dijalankan melalui hasil maklumat risikan bermula 18 Jun mengenai aktiviti penyeludupan PATI yang diuruskan warga tempatan di Pulau Langkawi,

“Ejen darat telah menghantar 7 PATI ini menaiki feri penumpang sekitar jam 4.30 petang di Jeti Kuah Langkawi menuju ke Kuala Kedah,” jelas beliau.

7 PATI lelaki warga Myammar berada di dalam feri berkenaan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah

Menurutnya, bot Perkasa 1228 APMM berjaya memintas dan memberhentikan feri berkenaan di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut Pulau Dayang Bunting sekitar jam 4.40 petang.

“Hasil pemeriksaan tersebut mendapati 7 PATI lelaki warga Myammar berada di dalam feri berkenaan dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,

“Siasatan awal mendapati mereka dihantar oleh seorang lelaki warga tempatan disyaki ejen darat,” ujarnya.

Romli menjelaskan, semua PATI tersebut telah ditahan dan dipindahkan ke bot Perkasa 1228 untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM di Bukit Malut, Langkawi.

“Seorang ejen darat juga berjaya dikesan sedang bergerak menaiki kereta jenis Toyota Avanza keluar daripada kawasan terminal feri dan terus ditahan untuk siasatan,

“Selain itu, seorang lelaki warga tempatan disyaki dalang utama aktiviti penyeludupan migran turut ditahan apabila cuba memberi rasuah pada Pegawai APMM sebagai imbuhan bagi melepaskan 8 suspek yang telah ditahan pada 21 jun,” tambahnya.

Katanya lagi, suspek yang berusia 26 tahun ditahan bagi siasat lanjut bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kesemua tahanan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia serta Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),”ujar beliau. -airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!