Home Semasa Agong gering, jalani pemeriksaan pakar perubatan – Istana Negara

Agong gering, jalani pemeriksaan pakar perubatan – Istana Negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dimasukkan ke hospital di ibu negara, hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan  berkata, Baginda kini sedang berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki dan sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menjelaskan keadaan Al-Sultan Abdullah pada masa kini dalam keadaan baik serta tidak membimbangkan.

Tambahnya, segala program yang melibatkan keberangkatan  Baginda dijadualkan pada hari ini serta hari seterusnya akan ditangguhkan kepada tarikh akan diumumkan kelak.

“Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan,

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!