TAWAU, 17 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan 2 lelaki yang melakukan aktiviti penyeludupan rokok tanpa cukai dipercayai dari negara jiran masuk ke perairan negara, semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Suprintenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, pasukannya telah bertindak hasil maklumat pemantauan dan berjaya menahan sebuah bot dari arah Pulau Sebatik menuju ke Laut Ice Box.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa bungkusan rokok pelbagai jenis yang diseludup dari Indonesia,
“Bot tersebut telah dijurangi 2 lelaki yang berusia 53 dan 37 tahun,” katanya.
Tambahnya lagi, suspek dan hasil tangkapan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.
“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM513,539.20 termasuk bot laju dan enjin,
“Kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967,” jelasnya. – airtimes.my