TOULOUSE, 15 Jun – Satelit komunikasi Measat-3d yang dibina oleh Airbus akan dilancarkan ke angkasa lepas pada 22 Jun ini.
Syarikat Airbus dalam satu kenyataan berkata, satelit tersebut kini berada di Kourou, French Guiana dan sedia untuk dilancarkan dengan menaiki roket Ariane 5.
“MEASAT-3d dibina berasaskan kepada platform satelit Eurostar kami yang amat dipercayai, yang turut merangkumi siri E3000 yang terkini, dengan sejumlah 58 buah satelit kini berada di orbit kami telah mencatatkan kejayaan beroperasi selama lebih 1000 tahun,
“MEASAT merupakan pelanggan utama kami dan kami menantikan akan detik di mana teknologi satelit canggih ini akan menyokong dan memacu perniagaan mereka di masa hadapan,” kata Ketua Satelit Komunikasi Airbus, Francois Gaullier dalam kenyataan itu.
Jelas Airbus, satelit baru ini akan membantu mempertingkatkan tahap kelajuan jalur lebar dengan signifikasi mencapai hingga 100 Mbps di kawasan tanpa rangkaian atau dengan tahap rangkaian terhad di seluruh Malaysia.
“Ia akan terus membekalkan lebihan dan kapasiti tambahan bagi penyampaian video HD, 4K, dan akhirnya 8K di rantau Asia-Pasifik,” jelasnya.
Keupayaan satelit ini dijangka akan merapatkan jurang digital dalam Malaysia.
Satelit baharu ini akan bergandingan dengan MEASAT-3b, yang juga dibina oleh Airbus di slot orbit slot orbit 91.5°E.
MEASAT-3d direka untuk beroperasi selama lebih 19 tahun dan mempunyai keupayaan kuasa elektrik sebanyak 12kw pada penghujung hayatnya. – airtimes.my