Home Diskusi Kolumnis: Siapa yang berkuasa untuk bubarkan Parlimen?

Kolumnis: Siapa yang berkuasa untuk bubarkan Parlimen?

Baru-baru ini, pembubaran Parlimen dan siapa yang akan menentukan Tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) sedang hangat diperkatakan secara umum. Bagi mereka yang tidak mendalami tentang hal perundangan, jawapan mudah adalah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), bukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), yang akan menentukan tarikh PRU akan datang.

Perkara yang sama boleh dikatakan dengan melihat penjelasan secara konsisten oleh Perdana Menteri kita bahawa isu ini adalah tertakluk dalam bidang kuasa YDPA, yang ada juga benarnya.

Saya berharap rakyat Malaysia dan pembaca bersama-sama untuk mempertingkatkan pemahaman kita tentang Perlembagaan Malaysia agar kita tidak mudah tertipu dengan penyataan ahli politik. Dan kita sepatutnya mengatasi masalah ini secara sekaligus.

Artikel 55 (4) menyatakan bahawa “Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.”

Masa adalah diperlukan bagi melakukan persiapan, termasuk prosedur pengeluaran writ dan pencalonan; SPR akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 ke 4 minggu untuk bermesyuarat selepas pembubaran Parlimen berlaku.

SPR akan menentukan tarikh pilihan raya umum selepas Parlimen dibubarkan dan juga setelah Speaker mengeluarkan notis rasmi kepada mereka.

Jadi, siapa yang mempunyai kuasa dalam hal ini?

Artikel 55(3) menyatakan bahawa “Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar. Jadi, Parlimen Penggal ke-14 akan automatik bubar pada 16 Julai 2023.

Walaupun pembubaran automatik tidak pernah berlaku dalam sejarah, adalah penting untuk diingatkan bahawa perkara ini telah pun ditetapkan.

Sebab kedua untuk berlakunya pembubaran awal adalah tertakluk kepada YDPA. Parlimen tidak boleh dibubarkan kecuali diperkenankan oleh Baginda. Ini adalah hak prerogatif (hak istimewa) pada Agong.

“Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri; (b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen,” seperti yang dinyatakan dalam Artikel 40(2) Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, terma “tidak memperkenankan” pada seksyen (b) mempunyai kepentingannya tersendiri.

Pembubaran Parlimen perlu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ini bermakna, pembubaran awal tidak akan berlaku sekiranya tidak mendapat perkenan, tetapi ia adalah mustahil jika ia hanya bergantung kepada perkenan YDPA semata-mata. Pada hakikatnya, tidak perkara menyebut tentang penglibatan Baginda dalam menilai sama ada pembubaran harus diperoleh dari tarikh yang dinyatakan dalam Perkara 55(3).

Maka, siapa mempunyai kuasa untuk mendapatkan perkenan YDPA untuk pembubaran awal Parlimen.

Jawapannya adalah Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara jelas sama ada Perdana Menteri akan membuat keputusan secara persendirian atau selepas bermesyuarat dengan kabinet atau parti politiknya. Ini memberikan bayangan bahawa sama Perdana Menteri atau Perlembagaan akan menentukan pembubaran Parlimen untuk berlaku.

Jika mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri boleh memilih untuk membubarkan Parlimen dan mempersembahkan perkara tersebut untuk mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong. Dalam sejarah politik Malaysia, belum pernah Baginda tidak memperkenankan nasihat Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.

Adakah terdapat pihak yang mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk memujuk Perdana Menteri bubarkan Parlimen dengan segera?

Kemungkinan keempat adalah terletak pada undi majoriti oleh Ahli Parlimen.

Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Perkara ini berlaku dengan cara mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sebagai salah satu pilihan menekan beliau untuk membubarkan Parlimen lebih awal. Sekiranya berjaya, Perdana Menteri akan memilih sama ada untuk bubar Parlimen dan meletak jawatan.

Sekiranya UMNO mahu Parlimen dibubarkan dengan lebih awal, saya menggalakkan mereka untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sesi Parlimen yang dijadualkan akan berlangsung bulan hadapan. Andai Presiden UMNO berani, mungkin beliau sendiri akan mengemukakan usul ini dan membolehkan semua Ahli Parlimen memilih sama ada untuk menyokong atau sebaliknya.

Isunya adalah kita terilap andaian bahawa pembubaran awal Parlimen adalah bergantung kepada kuasa Raja semata-mata – ini menunjukkan bahawa kita akan beralih kepada sistem Raja mutlak, yang sebenarnya tidak berlaku.

Kepada Perdana Menteri yang dikasihi, yang merupakan seorang graduan undang-undang tempatan, saya percaya beliau adalah seorang yang baik dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan. Saya berharap beliau tidak mengaburkan kita dengan cita-cita politik beliau dan terus berpegang kepada kebenaran.

Kita hidup dalam masyarakat di mana Perlembagaan adalah asas kita semua; jangan salah tafsir demi survival politik masing-masing.

Malaysia Negara Berdaulat.

PENAFIAN:

Air Times News Network tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi kolumnis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Artikel asal adalah berbahasa Inggeri dan boleh diakses di pautan ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!