Home Pertahanan dan Keselamatan JIM cari 2 lelaki Bangladesh dan Myanmar bantu kes pendakwaan

JIM cari 2 lelaki Bangladesh dan Myanmar bantu kes pendakwaan

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 14 Jun – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat mengenai 2 lelaki wargnegara Bangladesh dan Myanmar bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah.

JIM menerusi kenyataan berkata, 2 lelaki berkenaan dikehendaki berhubung beberapa kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Individu terebut dikenali sebagai Ripon (Bangladesh), 33, dan Naing Lin Tun (Myanmar), 37, yang beralamat terakhir di Titan Stainless & Metal Lot 6, Jalan Balakong Jaya 13, Taman Balakong Jaya, Seri Kembangan, Selangor,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Mohd Asri Osman, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801163 / 1338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!