SUNGAI BULOH, 13 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan United States Army Pacific (USARPAC) telah melaksanakan Eksesais Keris Strike Siri 27/2022 bagi memperkasakan hubungan bileteral serta kerjasama ketenteraan di antara kedua-dua buah negara.
Markas Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, eksesais yang bermula pada 6 hingga 17 Jun 2022 itu juga bertujuaan bagi memperkukuhkan kebolehoperasian di antara TDM dan USARPAC dalam persekitaran kompleks.
“Selain itu ialah adalah bagi mengintegrasi perancangan aturgerak ketenteraan TDM dan USARPAC di peringkat operasional dan taktikal serta meningkatkan pengetahuan operasi multi-domain TDM dan USARPAC melalui Subject Matter Expert Exchange (SMEE),” jelas 11 Bdg.
Eksesais dua hala di antara TDM yang dianjurkan oleh 11 Briged bersama USARPAC ini melibatkan seramai 958 orang pegawai dan anggota dari kedua-dua perkhidmatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh COL Michael A. Van Welie, 25th ID Deputy Commander-Interoperability dari USARPAC dan diiringi Panglima 11 Bgd, Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman pada Sabtu.
Menurutnya, pelaksanaan eksesais ini adalah bertepatan dengan perkara kedua yang mendokong cogan kata ‘Siaga & Terampil’ di dalam Perintah Ulung Panglima 11 Briged iaitu penekanan latihan komprehensif dan realistik untuk mempertingkatkan kompetensi serta kemahiran warga 11 Briged.
“Ia juga selari dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan yang menekankan kepada kerjasama pertahanan bersama tentera negara serantau mahupun antarabangsa,” tambahnya.-airtimes.my