KYIV, 10 Jun – Kerajaan Ukraine menganggarkan sekitar 100 ke 200 orang anggota tentera Ukraine terbunuh dalam pertempuran menentang tentera Rusia.
Angka tersebut dinyatakan oleh Pegawai Penasihat Presiden Ukraine, Mykhaylo Podolyak.
“Tentera Rusia telah menggunakan segala kekuatan bukan nuklear mereka termasuk serangan udara, artileri, dan roket,” kata Podolyak seperti dilaporkan oleh BBC.
Menurutnya, angka tersebut adalah 2 kali ganda berbanding anggara sebelum ini.
Terdahulu, Menteri Pertahanan Ukraine menyatakan seramai 100 anggota tentera dan 500 lagi cedera pada setiap hari. – airtimes.my