Home Pertahanan dan Keselamatan Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah 4 pelajar Malaysia ke akademi tentera AS

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah 4 pelajar Malaysia ke akademi tentera AS

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama dan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada 4 pelajar Malaysia yang terpilih menyertai latihan di Akedamik Tentera Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini.

Menerusi poster yang dimuat naik di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah turut mendoakan agar keempat-empat mereka dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Semalam, media melaporkan 4 orang kadet berkenaan telah terpilih bagi mengisi 15 slot yang diperuntukkan untuk calon antarabangsa bagi setiap akademi.

Pelajar terbabit ialah Edlan Mikyad Ahmad Syamly, 20; Muahamad Danish Imran Zainudin, 18; Qarin Loqman Safriza, 18, dan Zarif Mohd Zamrin, 20.

Menurut kenyataan Kedutaan As di Malaysia, Edlan Mikyad dan Zarif dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) masing-masing bakal ditempatkan di Akademi Tentera AS (USMA) West Point, New York dan Akademi Tentera Udara AS (USAFA) di Colorado.

Manakala, Muhamad Danish Imran dan Qarin Loqman dari Maktab Tentera Diraja (MTD) akan ditempatkan di Akademi Tentera Laut AS (USNA), Annapolis, Maryland.

Kesemua pelajar tersebut diraikan dalam majlis penyampaian sijil pelantikan yang disempurnakan Kuasa Usaha Kedutaan AS di Malaysia, Michael Newbill dan disaksikan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zaidan Atan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!