Home Pertahanan dan Keselamatan Anwar desak Hishammuddin segera selesaikan isu kebajikan pesara tentera

Anwar desak Hishammuddin segera selesaikan isu kebajikan pesara tentera

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar segera bertindak untuk menyelesaikan isu kebajikan golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, isu kebajikan pesara tentera ini sudah beberapa kali dibangkitkan olehnya dan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sebelum ini namun ia masih belum diselesaikan.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian susulan perhimpunan aman yang diadakan oleh Sekretariat Majlis Reunion Perjumpaan Bekas Perajurit RU6622 (RU6622) yang diadakan di Tugu Negara, pada Isnin.

Tegasnya, suara veteran ATM tidak boleh diabaikan berikutan golongan itu sudah banyak berjasa kepada negara.

“Saya ikuti perkembangan perhimpunan aman oleh para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tugu Negara hari ini (Isnin),

“Ternyata mereka ini tiada pilihan lain untuk menegakkan hak mereka dan beberapa perkara lain selepas gagal mendapat tumpuan Kementerian Pertahanan,

“Isu ini juga sudah beberapa kali saya dan rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) bawa di Parlimen dan hari ini sekali lagi saya mendesak Menteri Pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini,” jelasnya dalam kenyataan, semalam.

Pada Isnin, kira-kira 800 veteran dan bekas tentera berkumpul dengan dengan mengemukakan 3 tuntutan utama iaitu penyelerasan pencen, pemberian pencen kepada veteran yang tidak menerima pencen dan membuka ruang untuk beri pengampunan kepada veteran ATM supaya mereka dapat menerima pencen serta diiktiraf sebagai veteran.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!