Home Pertahanan dan Keselamatan Mantan Panglima Angkatan Tentera ke-11 meninggal dunia

Mantan Panglima Angkatan Tentera ke-11 meninggal dunia

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Mantan Panglima Angkatan Tentera ke-11, Jeneral Tan Sri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid (Bersara), 83, telah kembali ke Rahmatullah awal pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HTTM) akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan, Allahyarham yang juga mantan Panglima Tentera Darat ke-12 telah dimasukan ke HTTM bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak 25 Mei lalu.

“Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Khalid Al Walid di Kementerian Pertahanan dan akan dibawa ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Sungai Besi untuk dikebumikan pada jam lebih kurang 2.30 petang ini,” jelas kenyataan itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Puan Sri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Ahmad Shah serta seluruh warga ATM warga ATM menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham serta menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!