WASHINGTON, 1 Jun – Amerika Syarikat (AS) akan menghantar sistem roket yang lebih canggih iaitu HIMARS atau Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi ke Ukraine bagi mengekang kemaraan tentera Rusia.
Priseden AS, Joe Biden mengesahkan bahawa pentadbirannya menghantar HIRMAS kepada Ukraine bagi membolehkan mereka menyerang sasaran utama dengan lebih tepat di medan perang.
Memetik laporan The New York Times memaklumkan, seorang pegawai kanan AS menyatakan Ukraine memberi jaminan bahawa mereka tidak akan menggunakan senjata tersebut untuk menyerang sasaran di dalam Rusia.
Menurut Biden, matlamat AS adalah mahu melihat Ukraine yang demokratik, bebas, berdaulat dan makmur dengan cara untuk menghalang serta mempertahankan diri daripada pencerobohan selanjutnya.
Katanya, penghantaran HIMARS tersebut bukan untuk berperang dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Rusia.
HIMARS hanya akan digunakan bagi menangkis kemaraan Rusia di wilayah Ukraine dan tidak akan digunakan untuk menentang Rusia.