Home Pertahanan dan Keselamatan ATB 2 patahkan cubaan seludup rokok lebih RM 1 juta

ATB 2 patahkan cubaan seludup rokok lebih RM 1 juta

by Air Times News Network

TAWAU, 31 Mei – Cubaan sindiket penyeludupan bagi menyeludup masuk rokok tidak bercukai gagal apabila berjaya dipatahkan oleh Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB 2) di Tawau, Sabah, pada Isnin.

MK ATB 2 dalam satu hantaran medial sosialnya berkata, 4 buah bot laju bergerak dalam keadaan mencurigakan telah dikesan dari arah Pulau Sebatik menuju ke Batu Radar Radar Coastal Surveillance Station (CSS) berhampiran Tawau, pada jam 3.05 pagi.

“Pegawai bertugas Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) yang berpusat di MK ATB 2 telah menugaskan Tim Quick Reaction Force (QRF) melakukan rondaan bagi melakukan tinjauan ke lokasi berkenaan,

“Tindakan pantas Tim Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya menahan sebuah lori muatan jenis bonded 1 Tan HICOM berwarna putih yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut pada jam 4.00 pagi,” katanya.

Menurutnya lagi, pemeriksaan ke atas lori mendapati kenderaan tersebut digunakan bagi tujuan membawa masuk rokok seludup dari Indonesia ke dalam negara.

Tambahnya, kenderaan tersebut telah ditinggalkan oleh suspek sejurus menyedari kehadiran pasukan keselamatan yang sedang melakukan rondaan dikawasan berkenaan.

Beliau menjelaskan, aktiviti penyeludupan tersebut di percayai didalangi oleh sindiket warga tempatan dan asing bagi melakukan perniagaan rokok tidak bercukai di pasaran gelap sekitar Tawau, Sabah.

“Kenderaan bersama barang rampasan tanpa tuan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk dibuat laporan polis,

“Nilai rampasan rokok seludup dianggarkan RM1,038,000 manakala lori muatan jenis bonded dianggarkan bernilai RM 40,000,” ujarnya.

Jelasnya lagi, nilai keseluruhan rampasan rokok seludup serta kenderaan berjumlah RM1,078,00.

Dalam pada itu, ATB 2 turut menjelaskan keselamatan Perairan Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pencerobohan atau penyeludupan serta ancaman membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!